Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut:
Ambil 7 helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman (air mineral atau yang seangkatan dengannya).
Baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi.
Hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi.
Gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah.
Selain itu, kaedah menggunakan daun bidara juga baik untuk merawat lelaki yang tidak boleh berjimak dengan isteri kerana telah disihir. Cara-caranya ialah:
Ambil 7 helai daun bidara, tumbuk hingga halus, kemudian dicampurkan ke dalam bekas yang berisi air.
Baca surah-surah berikut dan hembuskan pada air; Ayat Kursi,Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha.
Kemudian minum air tersebut sebagai 3 kali dan lebihannya digunakan untuk mandi.
Insya-Allah, penyakit akan sembuh. Digalakkan mengulang amalan ini sebanyak 2 ke 3 kali sehingga penyakit benar-benar sembuh.
Anda boleh mencuba sendiri atau mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Kita hanya berikhtiar dan hanya Allah sahaja yang menentukan-Nya.
Jazakallahu khairan.