Sis sharing untuk anda beberapa tips yang boleh diamalkan bagi mendapatkan kulit wajah lebih segar dan bersinar...slmt mencuba ????
1. Cuci muka secara teratur
Mencuci muka dengan teratur adalah perkara paling penting bagi mendapatkan kulit yang segar dan bercahaya selain mengurangkan minyak, debu yang tersembunyi di sebalik pori-pori wajah anda.
Ketika mencuci muka sebaiknya cuba melakukan urutan lembut agar semua kekotoran dapat dikeluarkan dan sebaiknya cuci wajah anda menggunakan produk sesuai pada waktu pagi dan malam.
2. Pilih produk yang mencerahkan kulit
Jika membeli produk pembersih wajah sebaiknya pilih yang turut mempunyai kesan pencerahan wajah atau yang mengandungi vitamin C.
Ini kerana kata pakar kecantikan, Danusia Wnek, antioksidan yang terdapat dalam produk yang mencerahkan kulit dapat mengurangkan enzim dalam penghasilan pigmen pada wajah dan bukannya semata-mata untuk kelihatan putih.
Selain vitamin C, anda juga boleh mencari produk yang mengandungi Niacinamide (vitaman B3) yang mampu melambatkan pembentukan pigmen selain menghilangkan bintik hitam pada wajah.
Penggunaan produk yang betul boleh membantu menyerikan kulit wajah anda.
3. Jaga kelembapan kulit
Menjaga kelembapan kulit sangat penting dan caranya juga cukup mudah dengan menggunakan pelembap dua kali sehari iaitu pagi dan malam.
Ini kerana tanpa kelembapan pada wajah boleh menyebabkan kulit nampak kusam selain mempercepatkan proses penuaan dan kedutan pada wajah.
Pelembap juga banyak pilihan - sama ada dalam bentuk gel, serum dan sebagainya namun pelembap dalam bentuk krim lebih berkesan.
4. Banyak mengambil makanan kaya antioksidan
Setiap makanan yang diambil akan memberi kesan kepada tubuh serta kesihatan kulit anda. Selain penggunaan produk apa kata kerap mengambil makanan kaya antioksidan seperti buah beri, anggur dan kekacang kerana ia sarat dengan polifenol dan ellagic yang mampu memberi kesan positif pada wajah.
5. Jangan takut berjumpa doktor kulit
Jika anda mengalami masalah hiperpigmentasi kulit seperti bintik-bintik hitam akibat sinaran matahari atau permasalahan lain yang mencacatkan wajah anda sebaiknya berjumpa dengan doktor kulit.
Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat mengetahui masalah yang dihadapi malah boleh meminta pandangan tentang produk yang sesuai dengan kulit anda.