6 SEBAB KENAPA PERLU KURUS
Kenapa Perlu Kurus...????
.
????Kalau diberi pilihan, anda nak gemuk atau kurus? kalau jawapan Atul, Atul pilih untuk jadi kurus dan memiliki badan yang langsing. Ini kerana banyak sebab yang boleh menyokong kepada jawapan pilihan Atul.
Walapun Atul tahu, ada sesetengah orang tidak kisah memiliki badan besar, asalkan sihat dan cantik dihadapan penciptanya. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh mereka, namun begitu, yakinkah anda apabila berbadan besar dan gemuk, anda tidak mempunyai masalah? Sebagai contoh untuk mereka yang berbadan besar dan gemuk, andaikan jika suatu hari nanti anda jatuh sakit sehingga tidak mampu untuk bangun sendiri walaupun hanya untuk pergi ke tandas, apakah bantuan yang dapat diberikan oleh orang sekeliling anda? Sedangkan, mereka sendiri tidak berupaya untuk memimpin atau mengangkat anda ke tandas disebabkan tubuh anda yang besar itu? Bolehkah anda bayangkan?
Oleh itu, pada pendapat peribadi Atul, memilik badan yang kurus lebih banyak kebaikannya berbanding berbadan besar. Di sini Atul sertakan sebab kenapa perlu kurus dan miliki badan yang langsing?
Kesihatan yang baik. Gemuk memang kelihatan comel tetapi ia berisiko tinggi untuk mengundang dan menghidapi penyakit kronik antaranya seperti Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung), strok (angin ahmar), paras kolestrol darah yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes (kenicng manis), sakit di bahagian bawah belakang badan, sukar bernafas, masalah berkaitan usus, penyakit hati, kegagalan fungsi buah pinggang, osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang, lutut atau berkaitan dengan sendi serta cepat letih.
Apabila badan dipenuhi dengan lemak, bermacam-macam jenis penyakit berminat untuk hadir dalam diri anda. Apabila anda telah disahkan memiliki penyakit kronik, bermulah episod yang mana anda perlu jalani rawatan, ambil ubat mengikut arahan yang diarahkan. Sedangkan anda mempunyai pilihan untuk amalkan hidup gaya sihat. Jadi, inginkah anda menjadi salah seorang individu yang mempunyai penyakit kronik? Tidakkah anda kasihani pada diri anda itu? Walaupun begitu, bukan Atul nak kata orang kurus tidak mengalami penyakit. Tetapi risiko untuk orang kurus adalah rendah berbanding mereka yang memiliki badan yang besar dan gemuk
????Aktiviti harian lebih teratur dan lancar. Apabila badan anda kurus dan lansing, secara automatik aktiviti harian anda lebih teratur dan lancar. Pergerakan anda akan menjadi lebih cepat kerana badan anda ringan. Apabila badan ringan, anda lebih mudah untuk melangkah. Stamina pun kuat, serta anda boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa lelah dan tidak cepat ‘pancit’.
????Mudah untuk melakukan ibadah. Inilah salah satu sebab kenapa anda perlu berbadan kurus. Apabila badan anda kurus, secara tidak langsung badan menjadi ringan, dan ini akan memudahkan anda untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna tanpa sebarang gangguan. Sebagai contoh, anda mudah melakukan solat yang diwajibkan tanpa perlu risau masalah seperti sakit lutut menyerang ketika sedang solat.
????Badan lebih cergas dan aktif. Memiliki badan yang kurus menjadikan tubuh anda lebih ringan. Dengan itu menjadikan badan anda lebih mudah untuk bergerak aktif dan melakukan aktiviti kecergasan seperti yang dimahukan.
????Meningkatkan keyakinan diri. Selalunya mereka yang berbadan besar seringkali diejek hingga hilang keyakinan diri. Mereka selalu diejek berdasarkan bentuk tubuh mereka yang besar seperti panggilan “gemuk”, “boyot” dan banyak lagi panggilan yang tidak sedap didengari. Sebabkan inilah mengapa anda perlu kurus. Apabila anda kurus, mereka tidak lagi akan mengejek anda dan secara tidak langsung, anda boleh meningkatkan keyakinan diri anda apabila berdepan dikhalayak ramai.
????Penampilan lebih bergaya. Apabila memiliki badan yang kurus dan tubuh yang langsing, anda lebih mudah untuk mengenakan gaya yang lebih sesuai kerana dipasaran lebih mudah untuk mencari pakaian untuk mereka yang berbadan kurus berbanding untuk mereka berbadan besar. Pelbagai saiz dan fesyen boleh didapati tanpa perlu membuat tempahan mengikut saiz yang dikehendaki. Secara tidak langsung, anda boleh berjimat kerana untuk ekstra saiz memerlukan ekstra bayaran dan ekstra kain.
Banyakkan kebaikan yang boleh anda peroleh jika memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing. Jadi, adakah anda ingin membiarkan tubuh anda terus membesar dan berada dikalangan mereka yang obesiti yang mana terdedah dengan pelbagai risiko penyakit?